Thursday 12 September 2013

Assalamualaikum w.b.t...Mak yong skng ni x bape larat sgt..kandungan nk masuk 32m dah...berat dah rse perut ni..dgn anak no 2 yg aktif...tp mak yong x kisah sgt...cuma kdg mood kurang baik aje..kelelahan sikit...
Musim raya dah berlalu..skng ni nkmasuk raya haji dah..Mak yong macam biasa jugakla...g keje balik keje,cuma dulu lau balik keje,jarang mak yong masak..tp la ni mak yong kene masak..
Suami mak yong skng ni keje hotel..rotation shift nye buat masa ni petang aje smpi malam..Masuk kul 3 balik pukul 11malam..kalau dulu kami g keje sama,balik keje sama..balik umah,die bantu mak yong masak tp selalunye mak yong yg bantu die ..hehe
Anak sulong Mak yong 14hb sept nti genap 6 thun...skang ni die sgt "SIHAT"
madsud "SIHAT" disini ialah badannye dah semakin semangat x macam masa kecik dulu..tulang aje yg npk..
Skang ni Mak yong selalu kene pk,balik keje nk masak apa,sbb dia skng masuk aje pintu umah,mesti akan minta dua perkara.. "susu" n "makan"...
Ritu mak yong rse nk try la buat sesuatu yg Mak yong xpenah buat pun..ala,benda senang n simple tp kalau xtau,mmg payah gak la..
Mak yong nk test buat ROTI PURI..ala,masakan india tu...sekali meng"google" la mak yong ni..tengok2 rsepi alamak ai...sonang amat...hehehehe...balik umah tu mak yong try la buat dgn di"bantu" oleh anak sulong td la...
Alhamdulillah,percubaan pertama Mak yong mmg menjadi n npk best...rse pun buleh tahan..xde las edap macam kat kedai tu kan,org PRo yg buat..tp buleh la takat nk makan anak beranak..

cer tgk gambo anak dara mak yong tu,kemain kan die makan..
dgn pencicahnye ialah sambal sardin..hehehe..

Meh la mak yong bg resepi ala2 roti puri ni...hehehe...saje la nk share kan...ahaks...
copy paste aje ok..

Bahan-Bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan (cup) tepung gandum.
  • 2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
  • 1/4 sudu kecil (tsp) garam.
  • 1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak).Tapi mak yong x letak sbb susu xde..
  • 1/2 sudu kecil (tsp) gula.
  • Air suam Masukkan secukup untuk membuat doh.
CARA-CARA MEMBUAT DOH:
1.  Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata.
2. Masukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung. Uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh capati.
3. Biarkan keseluruhan doh tersebut di selimuti kain yang lembab selama 20 minit.
4. Bahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran sebiji buah lemon. (saiznya separuh dari saiz bebola roti canai atau capati. Titiskan beberapa   titis minyak masak atas papan peleper (supaya tidak melekat) dan leperkan bentuk bulat bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati. Sekiranya anda tidak mempunyai papan dan kayu peleper (roller), anda boleh uli di atas keratas plastik dengan menggunakan botol bulat yang berbalut dengan plastik. Kalau mampu, dapatkan sebuah set peleper doh tepung yang sangat berguna di dapur anda.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan mula goreng puri.Untuk gorengan yang terbaik sila baca tip-tip yang mamak haji berikan.
TIP-TIP UNTUK MENYEDIAKAN PURI YANG TERBAIK:

Doh tepung puri yang telah diuli perlu diperam selama 20 minit disalut dengan kain lembab sebelum dikepingkan.
Sebelum anda mula membuat puri, sila baca tip-tip mamak haji:
  1. Bila membuat kepingan puri jangan ditindeh satu sama lain. Gorengan puri perlu lakukan satu persatu. Meleperkan puri, gunakan sedikit minyak di atas permukaan papan peleper dari menggunakan tepung untuk mengelakan melekit dipemukaannya.
  2. Ini rahsia membuat puri yang lembut dan mengekalkan gelembung dalam keadaan panas dan sejuk. Semasa mengadunkan tepung gandum tambahkan 1 sudu besar tepung suji bersama dengan tepung gandum. Tepung suji kemampunan mengekalkan gelembung puri .
  3. Minyak gorengan puri perlu panas yang cukupsemasa gorengan. Minyak yang kurang panas akan menyerapkan minyak berlebihan dalam puri. Biasanya minyak panas perlu berada 375 F – 400F. Paras minyak dalam kuali perlu berada 3 inci untuk  puri mudah terapong.
  4. Selepas masukkan puri yang perlu digoreng, beri sedikit tekanan dengan sudip ke atas gelembung pertama yang dihasilkan, supaya gelumbung keseluruhan di perolehi dengan baik. Puri yang baik adalah lembut, begelumbung sempurna dan ringan.
dr sumber..tq kepada  mohd.roslan99@gmail.com

Ni la rupenye anak sulong mak yong makan..sedap katanye..tp yg lebihnye die makan sambal sardin tu aje...hehehe


No comments:

Post a Comment