Monday 18 February 2013

SINOPSIS RINDU BERTAMU DI ABU DHABI

salam sayang..untuk diri sendiri n sesapa saje yg membaca entry i ni la..cam bese la..lame benor x update,dah jdi malas semalas2nye la kan..asik berfb aje la keje i kan..spi mood nk update entry pun yillek...

Dah abis citer SETIA HUJUNG NYAWA...udah mai pulop cter baru..
npk cam nk best tp cter ni xde pun lawak2,aksi sweet2..ni cter yg streess..org benci2,balas dendam..ala,bosan kan..tp ntah kenapa,mata i terpaku aje dekat tv tu..sbbnye..sbbnye ..ade si jejaka tu la..ala yg cter  VANILLA CEKELAT  HACKS tu la..ahaks.

episod mula2 i cam miss2 gak la..kdg lupa..tp sib ade tontontv3..leh tgk kat situ kan..tp xpe la..asala boleh aje..

ni nk bg la sinopsis skit dlm cter ni....pun amik dr info dlm google ni jugak la..skng ni google aje sng..

RINDU BERTAMU DI ABUDHABI


Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali).

Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Fareez (Aiman Hakim Ridza) sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera (Elyssa) walaupun Meera mempunyai kisah silam yang negatif. 


Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula? Sama-sama kita saksikan drama ini. Kalau tak sempat tengok pukul 7 malam Slot Akasia TV3 ,boleh tgk kat tonton tv3 yer..
RAMAI YG MENANTIKAN KESUDAHAN YG BAIK UNTUK CERITA NI..SO KITA TUNGGUUUUUUUUUU

Drama bersiri Rindu Bertamu Di Abu Dhabi 28 episod terbitan Zeel Productions yang diarahkan oleh Mazri Mustafa. Pelakon Rindu Bertamu Di Abu Dhabi: Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Aiman Hakim Ridza, Fouziah Ghous, Dato Rahim Razali, Lydiawati, Kismah Johar, Ridz Amin, Hairi Safwan dan Syatilla Melvin.