Monday 7 January 2013

DAH ADDICT SETIA HUJUNG NYAWA PULAK..

SALAM...
wah,ni lau x update,mmg lama betul la..fuh..fuh..fuh..abis berabuk sakan dah ni hah..jenuh nk lap bg bersih semula..hehehe
Ok,tgk tajuk pun dah tau..skng ni heboh drama ni pulak..semakin byk lak drama/filem adaptasi novel..untungla penulis novel..wlupun x kaya mana tp nama dikenali..elok dah tu..

X sia2  la menceburi bidang seni nan satu ni kan..bergabung lak dgn seni lakon bagai kan..

Ok,Novel ni x penah baca pun benornye tp pertama kali tgk episod pertama ritu,dah terus tersuka dekat ZAIN HAQIMI yg ala2 romantik/cemburu buta gitu..suka pelakonnye jugak yg pandai bawak watak ZAIN tu kan membuatkan hati ter"suka"erkkk???hubby x marah..suka kat watak aje pun..pastu watak ERSALINA,sesuai sgt la dgn NELIDYA tukan..pandai die bermain dgn riak muka,gila2 gitu..

JASSHANY pun jatuh suka dah nengok cter tu kan..tp bab2 romantik x leh kasi die nengok..bawah umur lagi..tgk katun lagi elok..

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Saksikan kesudahan ceritanye dan jugak kesudahan novelnye..tp novel dah cari serata kedai buku kat nilai..jangan harap nk ade la..huhuhu..abis dah..tunggu cetakan semula la npknye..