Tuesday 26 June 2012

cuti raya

salam sayang...hmmmm,pose dah nk dekat..org sibuk dah nk ganti pose kan..mana yg berbiss kue raya/sekut raya dah mula buat sample nk promo kan..termasuk la i nih..
Tpi bg yg bekerja makan gji tu mesti kene PK gak kan pasal cuti..
dlm kepala tu duk pk,dpt ke cuti tahun ni,?ade bonus ke nk raya nti..?bos bg ke cuti lama2 nk beraya dua kampung ni?hmmm,itula..
Cam i ni kira kes untung jugak la..company ramai pekerja melayu..so bila time raya tu,nk xnk bos kene shitdown production la kan nk bg pekerja cuti..lau x,tentu ade yg mogok nti kan..hehehehehe
Admin dah suh isi form cuti dah ni..so apalagi,semangat berkobar kan...
ni form cuti dah isi hah...ye ye....

cara mengira waktu subur wanita



Assalamualaikum Warahmatullah.
Di sini saya sediakan sedikit info buat sahabat2 diluar sana yg masih ada yg tidak tahu berkenaan perkara ini..
Wlupun sekadar copy paste tp saya ingin juga berkongsi dgn anda..semoga ianye dpt membantu anda yer..
Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?


Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Thursday 21 June 2012

popia kacang hijauku.....

salam sayang semua pembaca(ade org nk baca blog i ke)hehehehe..xpela..xde yg baca pun i x kisah...i boleh baca sendiri jer...
Ni nk cter la serba sedikit tentang air tgn baru dr i ni..resepi nk dah berjaman dah pun wujudnye cuma sbelum ni i x keje,so minda i cam tertutup skit la..xtau berinternet xtau berpesebuk,xtau berblog bagai ni..
Skang ni dah ter"open la skit..so rajin la i terjah2 blog org lain,cri rsepi la,info la kan..
So satu ari tu ade sorg opismate i bawak satu kuih popia ni..die pelwa la kami2 ni rse..rse sekali nk lagi,nk lagi..sedap la pulak..tambah2 FOC kan..sapa x mo..so i pun order..
Tetiba blik umah tu i terpk la pulak..i nk modified ckit la rsepi ni kan..i nk cuba buat guna perasa lain pulak..so i try la guna kcg kuda..buat punye buat,jadi la kan..tp cam x bape kick je..i try pulak kcg hijau..
ALAMAK!!!!..suami rse terus la sedap..ilang serta merta sakit blkng i menggulung kulit popiah tu kan..byk tu nk gulung..sebungkus beso tu..mau bengkok tulang blkng i tau..hehehee

Secara tetiba jugak terbit idea nk cri duit lebih la disanubariku ini..i tny pendpt suami..boleh ke lau i nk jual ni..nk biss on9..suami ckp boleh je..sedap la..try la..
Hehehe..so apalagi i pun amik gambo popia,i buh kat my FB la..alhamdulillah sambutan sgt2 menggalakkan..ade je order setiap hujung minggu..i suka sgt...boleh la nk biss raya pulak..tp i jual x mahal mana pun tau..mampu dimiliki n dirasai oleh seme golongan...

Inilah die rupenye popia kacang hijau ni...
Resepi sng aje..meh amik ni..

Kulit popia digulung kemudian dipotong serong2(nk potong tegak pun boleh)pastu grg hingga kuning2 dan toskan

Kacang hijau,nk yg dah buang kulit pun boleh,yg ade kulit pun boleh..digrg dlm kuali tanpa minyak hingga npk kuning2 jugak..jgn spi hangit tau..pastu sejukkan baru di blend halus dan di ayak..

Gula pasir di blend halus jugak..pastu ayak sekali dgn kacang hijau td tau...pastu gaulkan dgn popia yg dah suam2 tu..

Sukatan nye ikut suka la..ade yg suka lebih kcg hijau,ade yg suka lebih gula..terpulang pada selera anda...

Monday 11 June 2012

MALANG MMG XDE BAU KAN

ASSALAMUALAIKUM....
SALAM SAYANG SEMUA..
hmmm,lama nye  aku x update kat dlm ni kan..kdg mood nk menceceh tu byk,kdg xde,abis camno..
Pasal tajuk kat atas tu kan..mmg la betul org ckp,malang tu mmg nk dtg tanpa bau pun..
Cternye camni,last day sekolah ritu(jumaat,25/5/2012)aku g keje naik motor  dgn en suami la..kete admit sehari semalam kat "wad" sbb nk tukar timing belt,tukar itu tukar ini..mujur la ade motor kan,xde la mengganggu sgt bila jadi kes camni..
Perjalanan pegi keje tu selamat alhamdulillah walupun dlm cuaca yg hujan renyai2..
Best gak sesekali naik motor kan,dgn en suami lak tu..peluk punye la erat..romantis gitu kan..hahahaha...
Dah elok dah spi kat opis,gedebuk,gedebak dah kul 6,tgu la en suami amik kat opis,,x sesabo dah nak blik ni..nk amik ank,nak amik kete(dah leh kuar WAD)

Dalam perjalanan balik tu la,mmg benda nk jadi kan..dah ditentukan pun olehNYA..masa tu jln jem,maklum la last day sekolah sblum cuti 2mgu kan,mmg lain mcm keadaannye...kete berasak2 la,cam siput jer..kami ni dah elok dah ikut lorong motosikal,tetiba dr celah keteyg bersusun tu,ade la satu motor ni masuk x tgk kiri kanan,main masuk je ikut celah2 kete tu dan terus je masuk jln motor yg kami duk lalu ni..pastu die cam terkejut tgk kami,bukan die nk brek,lagi die lajukan motor..suami cuba la nk elak,tp sbb kami pun kelajuan bukan rendah,wlupun x spi kategori laju lagi kan so apalagi,elak punye elak,langgor la jugak tayar depan motor die..huhuhu,terus kami berdua ke longkang sblh kiri..mujur ade longkang,lau xde longkang,lagi jauh kami terseret ..bila rse badan dah benti dr bergerak,aku cepat2 bgun,YA ALLAH dada ni rse nk pecah je..tgk suami x bgun lagi..tgk motor pun dah dlm longkang tp kepalanye ke jln..x perasan la motor yg dilanggar td jatuh ke hapa ke kan..

Xlama pastu la baru en suami bgun..terus la terpa kat bini die nan tersyg ni kan..tny "ayang camne,ade luka x,ade skit mana2 x"aku mula2 xde la rse apa2 kan,tgk dah ade la 3 biji motor benti kat kami..malu pun ade,jln tgh jem masa tu,kete dah tentu byk kan,dorg mandang je kami ni..(selalu kita tgk org eksiden jatuh motor bagai,kali ni diri sendiri la pulak)
X lama pastu,dlm 10min kot,baru la perasan ade luka kat kaki,ade lenguh2 kat tgn..bila tgk,lengan belah kiri ade lebam,pastu bahu rse skit.lutut belh kanan pun rse sengal2 je..suami pulak mula2 relax je..tp upenyer die lagi teruk..bawah lutut belah kiri dah mula membengkak lebih tinggi dr lutut..dan baru la die terasa sakit..hadui la..

PAstu baru la kami perasan motor yg kami langgar tu upenye pompuan yg bawak..terus otomatik suamiku ckp,"pompuan,patutla...bawak motor x tgk kiri kanan"suami dah mula menunjukkan muka marah..dan die mmg marah la pada akk tu..wlupun marah2 manja org kata,tp pedih gak la telinga akk tu kan..pastu die malas nk ckp byk,minta ganti rugi motor die jela..,,dah amik no tipon bagai semua,die mmg x tahan skit dah,terus call nursery ckp amik ank lambat,call adik minta tlg amikkan ank kat nursery n call kawan(mas)minta tlg hantar p kenek..suami dpt MC 3 ari,aku pulak cuma sehari..

Dan malam tu barula terasa segala kesakitan,dgna de ank kecik lagi malam2 nk nyusu,mmg betul2 dugaan la masa tu..tp alhamdulillah,semua dah berlalu hampir sebulan..cuma suami masih lagi terdengkut2 jln..dlm proses penyembuhan..pasni akn lebih berhati..

Selalu dgr org ckp,KITA DAH HATI2 TAPI ORG PULAK X BERHATI-HATI

sekian wassalam...